Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Pantun

PantunSumberTema
Anak beruk besar lengan, Pukullah mari si kayu kain; Sungguh buruk hati berkenan, Hatiku tidak kepada lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk besar lengan, Turun ke paya mencuri kain; Sungguh buruk saya berkenan, Tidaklah saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas