[be.tis] | بتيس
Definisi : bahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.tis] | بتيس
Definisi : sj tumbuhan (pokok), belian, Palaquium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.tis] | بتيس
Definisi : bahagian kaki di antara lutut dgn buku lali: buah (jantung, perut) ~ kumpulan daging pd sebelah belakang betis; tulang ~ tulang yg menghubungkan lutut dgn kaki; tulang kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)