Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Sayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang mastali benang mastali, Anak patu dikasi makan; Betul-betul memegang janji, Seperti paku lekat di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Betul surat betul isinya, Betul isi maksudnya benar; Betul adat betul hatinya, Betul hati patut didengar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Betul sukat betul timbangnya, Betul timbang samalah berat; Betul adat betul orangnya, Betul orang sempurna niat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Betul ikat betul simpainya, Betul simpai baru dipasang; Betul adat betul perangainya, Betul perangai didahulukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Betul belat betul injabnya, Betul injab lukah berisi; Betul adat betul adabnya, Betul adab tingkah terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jika betul tuan menereka, Tereka saya kain stokin; Sekira benar sukakan saya, Jemput saya orang miskin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas