Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarkan


Pantun

PantunSumberTema
Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yanglah duduk biarkan duduk, Supaya cepat ke tempat tidur; Orang tua bongkok biarlah bongkok, Supaya ingat ke pintu kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarkan orang merendam kunyit, Kita merendam keladi juga; Biarkan orang memandang duit, Kita memandang budi juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang bertanam jadam, Kita selalu bertanam padi; Biarkan orang bertanam dendam, Kita selalu bertanam budi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang bertutup upih, Kita mengukur buah pedada; Biarkan orang hidup berlebih, Kita bersyukur pada yang ada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang bertingkat besar, Kita bertingkat berkilik-kilik; Biarkan orang bercakap asar, Kita bercakap baik-baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang berasam cuka, Kita berkandis-kandis juga; Biarkan orang bermasam muka, Kita bermanis-manis juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang berebut buah, Kita menjaga buah kemiri; Biarkan orang berebut tuah, Kita menjaga tuah sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan diinjak-injak; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas