Tuan di rumah masak pegaga, Biarlah saya mencari cendawan; Biarlah saya lapar dan dahaga, Asalkan dapat bersama tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang bertanda biarlah bertanda, Untung tanda dapat dipegang; Orang menjanda biar menjanda, Untung janda dapat bujang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang memancung kepala, Kita memancung biji mudanya; Biarlah orang menyanjung rupa, Kita menyanjung isi dadanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang membuat pahat, Kita membuat badik juga; Biarlah orang membuat jahat, Kita berbuat nan baik juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang menebuk gangsa, Kita menebuk sirih loyang; Biarlah orang mabuk kuasa, Kita mabuk kan kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |