Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Hendak ke kubur Jalan Menteri, Masuk sekolah Merpati Jepang; Walau masyhur bijak bestari, Busuk budi orang tak pandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |