Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah petai buah kuini, Dibuang isi dimakan biji; Sungguh pandai adikku ini, Tumbuh gigi dah pandai mengaji. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Besarlah biji si buah pauh, Dimakan beruk setiap hari; Biarku mati di negeri jauh, Dari menengok adik berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau merendang buah nangka, Biji direndang rasanya sedap; Kalau dikenang nasib celaka, Hari yang terang terasa gelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |