Keritih tiram tergantung, Limau manis banyak bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |