Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila kan


Pantun

PantunSumberTema
Bila selasih sudah mernbusuk, Tak ada lagi yang kan menunggu; Bila kekasih sudah merajuk, Ke mana lagi melepaskan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila tersesat ke sarang semut, Habislah badan kan kena gigit; Bila berangkat abang ke laut, Relalah hamba mendaki bukit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila bertarung ke sarang lebah, Binasa badan kan kena sengat; Bila kurenung abang berubah, Kaki dan tangan terasa berat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putih pauh baru kan besar, Entahkan bila berbunga lagi; Adik menjauh hati berdebar, Entahkan bila bersama lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu pantang terbalik, Bila terbalik ia tenggelam; Adat Melayu pantang munafik, Bila munafik dunia kan karam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas