Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila mana


Pantun

PantunSumberTema
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila lancang patah kemudi, Ke mana pergi bahaya dekat; Apabila abang sudah pergi, Ke mana lagi hamba menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila selasih sudah mernbusuk, Tak ada lagi yang kan menunggu; Bila kekasih sudah merajuk, Ke mana lagi melepaskan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila selasih sudah masak, Tak lama lagi gugur ke tanah; Bila kekasih sudah muak, Ke mana pergi hati gelabah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila selasih di atas dulang, Sudah diayak lalu direndam; Kunanti kekasih tiada datang, Di mana tegak tak mahu diam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar pinggan isinya banyak, Bila penuh dimakan kenyang; Benar jalan beranilah tegak, Ke mana duduk disegani orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila helang sudah mencakar, Bila tak mati tentulah luka; Apabila orang suka bertengkar, Ke mana pergi seterunya ada.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas