Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lang.bi.lang] | بيلڠ٢

Definisi : Mn sj tumbuhan (pokok renek), gelang; rendah ~ diseluduki (disuruki), tinggi kayu ara dilangkahi prb mengerjakan sesuatu atau berhubungan dgn seseorang hendaklah sbg yg semestinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilang-bilang

Puisi
 

Tanam serbat di pintu balai,
     Mari ditunggu bilang malam;
Apa makrifat tuan pakai,
     Mimpikan tuan bilang malam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi,
     rendah bilang-bilang diseluduki.

Bermaksud :

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah hari bilang berbilang, Tiada berbilang hari Jumaat; Banyaklah nabi gilang-gemilang, Tidak segemilang Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata itu kata berbilang, Bilang awal sampai ke hujung; Hina bangsa tiada berundang, Terbuang akal meragai untung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas