Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lis] | بيليس

Definisi : Kl 1. kecil, halus; 2. hampir padam (pelita), malap; 3. hampir tertutup (mata), mengantuk; 4. tidak terkenal, tidak tinggi (taraf, kedudukan): penulis-penulis ~ yg masih mencari tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lis] | بيليس

Definisi : sakit dan merah (bkn mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lis] | بيليس

Definisi : ; ikan ~ 1. sj ikan laut, Anchoviella indica; 2. sj ikan laut, Engraulis indica; 3. sj ikan laut, Stolephorus indicus; ~ tembaga sj ikan laut, a) Anchoviella commersonii; b) Engraulis commersonii; c) Stoplehorus commersonii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lis] | بيليس

Definisi : sakit serta merah warnanya (khusus ttg mata). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bi.lis] | بيليس

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut yg halus-halus dan kaya dgn zat kalsium, Anchoviella spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilis

Puisi
 

Apa lauk nasi di rumah,
     Ikan bilis beli di pekan;
Tuan umpama senjata yang lemah,
     Apa dihiris haram tak makan.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Yang diminta bilis, Yang dapat lada; Yang dicinta gadis, Yang dapat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang direndang bilis, Yang masak lada; Yang dipinang gadis, Yang terbawa janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pinggan mangkuk berisi bilis, Baru disimpan pecah bertabur; Badan bongkok berbini gadis, Baru sebulanlah masuk kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau menangkap si ikan bilis, Pilihlah dulu lentik bongkoknya; Kalau bercakap di dalam majlis, Fikir dahulu buruk baiknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa lauk nasi di rumah, Ikan bilis beli di pekan; Tuan umpama senjata yang lemah, Apa dihiris haram tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas