Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. kebinasaan perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. pembinasa sesuatu atau orang yg membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa

Puisi
 

Jantung pisang jangan dipatah,
     Jika patah binasa isi;
Jantung hati badan bertuah,
     Menyelamatkan kamu yang akan pergi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak kerat binasalah kayu, Kayu binasa bahan terbuang; Rosak adat binasa Melayu, Melayu binasa dihinakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sapu tangan sayang, penyapu tangan, Pakai baju kasa, lah baju kasa, Pesan ibu jangan, bercinta jangan, Nanti badan binasa, lah rusak binasa.Pantun Melayu SarawakBergendang
Tumbuh lalang binasa padi, Lelah menugal tiada faedah; Sungguh malang tua keladi, Kerana gatal kepala pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa sebab tambur binasa, Tertikam gunting besi berani; Kalau takut membuat jasa, Ambil makan nasi kompani.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bila bertarung ke sarang lebah, Binasa badan kan kena sengat; Bila kurenung abang berubah, Kaki dan tangan terasa berat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok memasang taji, Kalau tidak binasa ayam; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak cintaku padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok menjerang kuali, Kalau tidak binasa gulai; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak kita bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas