Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasalah

Peribahasa

Sudah terdorong kepada kukur,
     tinggallah tempurung saja.

Bermaksud :

Sudah mendengar bujukan jahat maka rosak binasalah kita.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak kerat binasalah kayu, Kayu binasa bahan terbuang; Rosak adat binasa Melayu, Melayu binasa dihinakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa teladan, Teladan hidup tahukan diri; Lupa adat binasalah badan, Iman redup nafsu berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat tahu bersyukur, Nikmat Allah ia muliakan; Membuang adat malu bertabur, Umat terbelah binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang tiada yang makan; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang binasalah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas