Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang sekali perahu bocor, Ditunda dulu orang berangkat; Abang menanti di pintu kubur, Dinda menunggu di liang lahad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |