Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Pantun

PantunSumberTema
Yang patuh biarlah patuh, Supaya dapat dicontohi lagi; Orang bodoh biarlah bodoh, Supaya dapat diperbodohkan lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi lebuh, Di tepi lebuh tegaknya mudah; Sungguh untung berlaki bodoh, Laki bodoh tak banyak kisah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kura-kura hodoh, Mahu gelang kaki; Pura-pura bodoh, Mahu kahwin puteri.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Kalau buluh tinggi di tanah, Yang diambil dicelis-celis; Kalau bodoh tinggalkan di rumah, Yang cerdik masuk ke majlis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung batangnya teduh, Ada berduri ditebang orang; Sungguh beruntung orang bodoh, Ke mana pergi digelakkan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas