Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dari Daik pergi ke Deli, Singgah berlabuh Lautan China; Sudah kubelek baru kubeli, Mana boleh jadi terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Mari tuan minum kopi, Kalau tak manis tambah gula; Jangan diturut kehendak hati, Kalau tak mati boleh jadi gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Telur itik eram tak jadi, Baru dieram petang semalam; Tidak kolek jalur pun jadi, Asalkan boleh ke tempat dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bunga kelapa di Padang Jenak, Tempat makan seladang tua; Ada orang mengakulah anak, Boleh juga jadi mertua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |