Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonda

Puisi
 

Raja Bali terajang kuda,
     Kuda kuning celana kain;
Sembilan bulan dikandung bonda,
     Niatku tidak pada yang lain.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Petik bunga tiara, Perhiasan bunga dada; Cantik anak dara, Penyeri rumah bonda.Pantun Melayu SarawakKasih
Petik bunga serumpun, Serumpun rumput kuda; Patik mohon ampun, Ampun ayah bonda.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Roti pandan dilambung kuda, Budak kuning berjaja kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niat di hati tidak yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raja Bali terajang kuda, Kuda kuning celana kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niatku tidak pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyak padi di dalam raga, Sudah dikisar tampi-tampikan; Hati orang engkau jaga, Bonda sendiri engkau ketepikan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Kedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas