Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih gagang tumbuh di batu, Buluh hutan buatkan galah; Kasih sayang tak boleh tentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bentanglah tikar luas-luas, Tempat orang menggiling sikai, Buat ladang luas-luas, Buatkan abang emping bertangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |