Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatlah

Puisi
 

Daun selasih si daun bayam,
     Bunga teratai di tengah laman;
Rasa sedih tidur seorang,
     Peluk ke bantal buatlah teman.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ambillah kayu buatlah pondok, Pondok dapat tempat berhenti; Ambillah guru adatnya elok, Elok beradat sifat terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah titi, Titi ada dapat menyeberang; Ambillah guru taat berbudi, Budi mulia dihormati orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah sampan, Sampan selesai dapat belayar; Ambillah guru taat beriman, Iman penyimpai sifat penyabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah tiang, Tiang berdiri penyangga rumah; Ambillah guru taat sembahyang, Sembahyang ini membawa berkah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah dapur, Dapur dipakai tempat memasak; Ambillah guru bersifat jujur, Jujur perangai selamat awak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ambillah kayu buatlah rumah, Rumah siap dapat berteduh; Sambil berguru ingat petuah, Petuah ingat sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa kena baju kebaya, Tapihlah batik buatlah lena; Apa guna macam saya, Rupa ada pandailah tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun selasih si daun bayam, Bunga teratai di tengah laman; Rasa sedih tidur seorang, Peluk ke bantal buatlah teman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas