Buaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Menangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak buaya hilir mudik, Karam pipit bawah jerami; Dari paya Bukit Kelik, Baru lepas malu kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |