Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bu] | بوبو

Definisi : beberapa jenis alat penangkap ikan (berupa bakul yg membolehkan ikan masuk tetapi menghalangnya keluar); jenis-jenisnya: ~ batang (panjang, tidur), ~ diam (duduk), ~ jantung, ~ tadah; menahan ~ = memasang ~ menempatkan bubu dlm air utk menangkap ikan; ~ duduk jiwaku hilang prb sia-sia melawan orang yg lebih drpd kita (hanya menyusahkan diri sendiri); membubu 1. berbentuk bubu, menyerupai bubu; 2. menangkap ikan dgn bubu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu] | بوبو

Definisi : alat penangkap ikan yg memungkinkan ikan masuk tetapi tidak dpt keluar; lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubu

Puisi
 

Petang hari menahan bubu,
     Bubu ditahan olak mengkalang;
Diri umpama semacam tebu,
     Habis manis sepah dibuang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ke hulu kena bubu,
     ke hilir kena tengkalak.

Bermaksud :

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Tahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang belat pasang bubu, Dapat seekor ikan, ikan bertutu; Sama sepelekat sama sekelembu, Mengapa mata lekat ke pintu.Pantun Melayu SarawakKasih
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Orang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tiap mudik perahu nelayan, Membawa jala berserta bubu; Kuharap adik mahu berkawan, Supaya mudah kita bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pergi mengail diwaktu pagi, Bawa juga belat dan bubu; Tidak mustahil di waktu ini, Tuan beradu di katil babu.Pantun Melayu SarawakKasih
Daripada menjala pagi dan petang, Eloklah pergi memasang bubu; Daripada tua menantikan abang, Elok kucari pasangan baru.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas