Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : berbudi, berakal, bijaksana: keempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;kebudimanan ketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budiman

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Alangkah elok kembang di hutan, Banyaklah kumbang datang menyeri; Memanglah elok orang budiman, Dihormati orang petang dan pagi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kapal api kapitan Jerman, Teluk meneluk di Pulau Jawa; Hitam manis perubuh budiman, Putihlah kuning pembalut nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan puteri mandi di taman, Mari turun ke bulan Rejab; Pertama arif lagi budiman, Satu soal tidak dijawab.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Raja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas