Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan berlabuh di tengah pekan, Mata badik yang melipatnya; Bukan menuduh yang bukan-bukan, Mata adik yang meilhatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak mendaki dakilah tambang, Jangan berlabuh di tengah pekan; Hendak memaki makilah abang, Jangan menuduh yang bukan-bukan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mayang-mayang dalam padi, Tanam berjarak di tepi lautan; Bagaimana tak mayang hati kami, Yang diajarkan nan bukan-bukan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sorek bukan betung pun bukan, Ruasnya pula berkotak-kotak; Upas bukan racun pun bukan, Tidur malam tersentak-sentak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Itik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam.Pantun Melayu SarawakKasih
Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas