Empat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Redup hari bulan mengambang, Terbang sekawan burung kelawar; Hidup ibarat dagang menumpang, Tiba masa diusir keluar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau kutahu bulan mengambang, Tentu tak pulang di pagi hari; Kalau kutahu tuan bertunang, Tentu tak datang hamba ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Saratlah sampan dari seberang, Membawa mangkuk berisi ikan; Tuan ibarat bulan mengambang, Siapa menengok hati bertawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun jalan ke padang, Banyaklah rumput di kanan kiri; Adik sepantun bulan mengambang, Sinarmu lembut menawan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |