Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh.bu.luh] | بولوه٢

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh-buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

PantunSumberTema
Mari tebang si pokok buluh, Buluh ada di tepi paya; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu buluh ternama, Banyak sudah disebut orang; Hatiku rindu sudahlah lama, Adik juga tak ingat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buluh direndam belum dikering, Baru tumbuh jangan ditebang; Peluk tubuh terasa asing, Baru tahu diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buluh diukir orang Penan, Bawa dijual pekan Marudi; Emak di rumah sedia makanan, Bapa kenyang di kedai judi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh cina berwarna kuning, Tegak lurus dengan kukuhnya; Kerana adik sudah berpaling, Badanku kurus menanggung duka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu di Bukit Siguntang, Sejak dahulu berhujan panas; Tubuhku layu sakit telentang, Kerana cintaku tiada berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu di lereng bukit, Tumbuh subur di dalam semak; Hati merindu jadi penyakit, Mata tak tidur badanku rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas