Jikalau bumbung tidak bertali, Tentu membumbung ke langit biru; Jikalau abang tidak peduli, Tentu kubingung sakit cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah siapa lentik bumbung, Kalau tak salah rumah Cik Ghani; Tunang siapa lalu bertudung, Kalau tak salah tunang kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |