Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunganya

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Seperti daun delima dengan bunganya.

Bermaksud :

Hidup yang tiada berguna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh tinggi batang kekabu, Bunganya putih bagaikan kipas; Sungguh terpuji orang berilmu, Mukanya bersih hati pun iklas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukannya kumbang tak mahu jauh, Bunganya cantik tercium wangi; Bukannya abang tiada bersungguh, Sekarang pun adik belum berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Maritam berjunjung kandis, Karamuning lebat bunganya; Tubuhlah hitam dipandang manis, Putihlah kuning banyak gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik urat elok batangnya, Elok batang bunganya lebat; Baik adat elok orangnya, Elok orang kerja bermanfaat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buat padi tak jadi padi, Padi bunganya lalang; Buat budi dibalas budi, Kekasihku sentiasa dikecek orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Melati berkembang waktu subuh, Seri indah pada bunganya; Hati siapa tidakkan luluh, Seluruh Nusantara terasa sakitnya.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Apa guna meragi kain, Kalaulah tidak ada bunganya; Apa guna cari yang lain, Kalaulah tidak lebih darinya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sudah tahu peria pahit, Jangan disayur dengan bunganya; Sudah diketahui barang tak baik, Jangan diusik dari mulanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas