| Jauh ayam dalam kurung, Kurung bernama Cik Murai; Padi masak dimakan burung, Burung bernama burung punai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pagi memberi makan burung, Burung pipit makan di kandang; Berseri memakai baju kurung, Tambah cantik memakai selendang, | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Burung putih burung undan, Bernyanyi-nyanyi sungguh mesra; Buah masih di ujunh tandan, Untung rugi sudah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |