Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.sut] | بوسوت

Definisi : 1. tanah yg melonggok spt bukit tetapi lebih rendah, bukit kecil: ia beredarlah dr situ lalu pergi duduk di atas sebuah ~; 2. sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil: ~ semut; ~ betina busut yg besar dan bulat; ~ jantan busut kecil dan lancap;membusut menjadi spt busut: kerak nasi ~ jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.sut] | بوسوت

Definisi : 1 tanah yg berlonggok spt bukit tetapi jauh lebih rendah. 2 sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil. ~ betina busut yg agak besar dan bulat bentuknya. ~ jantan busut yg lancip bentuknya. membusut menjadi spt busut: Kerak nasi ~ jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busut

Puisi
 

Putih kuning di pokok sungkai,
     Jatuh sehelai melerang busut;
Putih kuning tubuhnya lengkai,
     Rambut sehelai haram tak kusut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bukit sudah menjadi busut.

Bermaksud :

Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tumbuh betong di tepi busut, Busut dapat jadi peranginan; Sungguh untung berlaki burut, Burutnya dapat jadi mainan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas