Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata but kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kereta api kereta sorong, Kereta biasa berjalan malam; Tuan besi saya piabung, Sama timbul sama tenggelam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kereta kita Proton Saga, Tujuh jenama keluaran Negara; Biar pandai berurus niaga, Mimpi jangan jutawan segera.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai kereta jenama Mazda, Tempat berkerja di Pudu Raya; Berbagai cara mengkhayal minda, Remaja kita cepat terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasib
Kalau naik kereta kuda, Jangan muat sampai enam; Benih ada baja pun ada, Tiada tanah tempat bertanam.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas