Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lalat buta terbangnya pagi, Makan benalu sampai kenyang; Beratlah mata memandang laki, Badan berbulu bagai siamang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila harilah senja buta, Bawalah pelita penuh berisi; Apabila laki dan tua renta, Peliharalah dia sepenuh hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tembak-menembak di Kalimantan, Mati terkena peluru buta; Ombak Tsunami kias-kiasan, Maut menyambar sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kepayang dijemur dibalik-balikkan, Cendawan putih sedap dimakan; Yang buta huruf dicelik-celikkan, Bantuan pelajaran Kerajaan sediakan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Yang tua suka berkain, Bawakan kain sarung untuknya; Orang buta dibawa bermain, Salah main hidung dicucuknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda tegak meringkik, Kaki belakangnya kena bisul; Awak buta berlagak celik, Tahi dipegang dikira dodol. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak unta bertali baja, Terbang balam memakai mahkota; Sejak si buta menjadi raja, Siang malam memakai pelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada malangnya membeli pelita, Hari gelap dinyalakan sumbu; Ada untungnya berbini buta, Laki berkurap dia tak tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |