Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; mencacak berdiri tegak lurus; ~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar; mencacakkan 1. menanam sesuatu tegak (di tanah dll): ~ tiang bendera; ~ belat menahan belat; 2. mendirikan, menegakkan: pelita minyak yg dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan; tercacak 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacak I

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Cacak kelong Bagan Tujuh, Jerjaknya sampai ke tepi; Kalau tuan berani sungguh, Saya ikut sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ingat-ingat memancang tiang, Salah cacak rosaklah kayu; Ingat-ingat abang meminang, Salah cakap mendapat malu. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas