Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Nyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |