Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Orang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau.Pantun Melayu SarawakUmum
Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Anak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak menangkap labi, Lehernya itu jangan dijerut; Ulat yang menelan babi, Cacing pula bengkak perut.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas