Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau payah mencari pukat, Carilah jaring di kuala; Kalau payah mencari muafakat, Carilah runding balik semula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika tiada orang berladang, Carilah rimba tempat berburu; Jika tiada abang meminang, Matilah hamba menanggung rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |