Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya boleh dibuat sayur, asin-asin, Sauropus albicans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Cekur manis separuh hidup,
     Masaklah kari berganti-ganti;
Jangan ditangis cerai hidup,
     Lepas seorang berdua ganti.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cekur manis cemperai hidup, Lada muda di punca kain; Saya tak tangis bercerai hidup, Badanku muda mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cekur manis cemperai hidup, Hendak rama di punca kain; Kami tak tangis bercerai hidup, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas