Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mas] | چمس

Definisi : 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir­hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mas] | چمس

Definisi : 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemas


Pantun

PantunSumberTema
Jangan cemas laut berembun, Sampan ada pada kita; Jangan cemas ributkan turun, Pedoman ada pada kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana orang tidakkan cemas, Airlah banjir melimpah tebing; Bagaimana abang tidakkan panas, Adinda menyendiri mata menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah beras barang segantang, Supaya mudah orang bertanak; Hatiku cemas memandang abang, Belum menikah sudah mengelak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Remas-remaslah daun tembakau; Mari diremas di atas papan; Hati cemas bercampur risau, Sedikit pun tidak mahu makan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buku tebu beruas-ruas, Hendak dikunyah tiada dapat; Hatiku rindu bercampur cemas, Awak cinta orang tak ingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak kayu mati meranggas, Dimakan api pembakar ladang; Hendak merayu hatiku cemas, Saban hari berasa bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai panas, Cepat-cepat mengembang payung; Jikalau hati mulai cemas, Cepat-cepat abang berkunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila hari terasa panas, Sesudah mandi naik ke rumah; Apabila hati merasa cemas, Serahkan diri kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana duri tidakkan patah, Ditebas pagi ditetak petang; Bagaimana hati takkan merintih, Cemas menanti adik tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas