Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ngal] | چڠل

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ngal] | چڠل

Definisi : nama sj pokok yg kayunya keras dan sangat baik utk bahan rumah, Balanocarpus heimii. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengal

Puisi
 

Tetak cengal buat kemudi,
     Buah pauh Permatang Panjang;
Dengar adik baik budi,
     Dari jauh abang datang.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Galah cengal perahu cengal, Muatlah sarat batang nibung; Sudah kenal buat tak kenal, Itulah tanda awaklah sombong.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ambil cengal buat kemudi, Hanyut batang hambat berhambat; Abang dengar saya baik budi, Abang datang lambat sangat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Perahu cengal dua buah, Muat sarat si buah pedada; Kuala Jengal kampung bertuah, Tempat orang bermain mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga Bakawali di Teluk Cengal, Buat ubat seribu guna; Kilat di air sudah kukenal, Yang mana satu jantan betina.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tetak pauh atas permatang, Ambil cengal buat kemudi; Abang jauh lagi datang, Dengar adik baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Gertak sirih muda di ladang, Daun cengal dilirik-lirik; Kalau tak boleh adinda kucadang, Air sungai berbalik mudik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas