Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.na] | چران

Definisi : sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.na] | چران

Definisi : sj penyakit spt ketumbuhan yg berbahaya pd badan (boleh merebak ke baha­gian lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.na] | چران

Definisi : bekas berbentuk spt dulang bulat serta berkaki (dibuat drpd logam utk tempat sirih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerana

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Apa ada dalam cerana, Cerana berisi si bunga melur; Apalah salah hendak bertanya, Budi sebetul jalan sebenar.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari pulau orang bertandang, Membawa sirih dengan cerana; Hatiku risau mabuk kepayang, Kerana kekasih badan merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas