Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerana I

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Apa ada dalam cerana, Cerana berisi si bunga melur; Apalah salah hendak bertanya, Budi sebetul jalan sebenar.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari pulau orang bertandang, Membawa sirih dengan cerana; Hatiku risau mabuk kepayang, Kerana kekasih badan merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas