Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ru/] | چروق

Definisi : 1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-­mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ru/] | چروق

Definisi : Kl sabit (penyabit); menceruk menyabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ru/] | چروق

Definisi : 1 sudut atau penjuru dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur. 2 lubang atau liang pd dinding (tanah, timbunan barang dsb); ruang di bawah sesuatu (balai-balai dsb). 3 lekuk di geladak perahu dll. 4 teluk kecil. 5 tempat-tempat yg terpencil: Ada antaranya yg ditukarkan ke ~ negeri dan ada pula yg dipenjarakan. terceruk berada (duduk) di ceruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceruk


Pantun

PantunSumberTema
Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wangilah bau durian masak, Ditaruh pula di ceruk dinding; Hatilah malu berlakikan budak, Disuruh pula duduk bersanding.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas