Cik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Dollah mudik berkabung, Hilir-menghilir kuala Rokan; Kalau kalah abang menyabung, Masuk badan ke petas rotan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Cik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |