Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunan­nya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cindai I

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Untuk apa kain cindai, Supaya dapat kain baru; Untuk apa kahwin cerai, Supaya dapat kahwin baru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa.Pantun Melayu SarawakKasih
Apabila ke hulu berkain cindai, Ke hilir pula bercekak musang; Apabila selalu kahwin dan cerai, Akhirnya kepala dipijak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi ke Tanjung membeli sirih, Belum dapat kuning gagangnya; Habis gudang cindai kupilih, Belum dapat sering benangnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas