Dari hulu sampai ke hilir, Pokok kiambang tumbuh melata; Cubalah ingat cubalah fikir, Siapalah dia di depan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalaulah sudah merenda kain, Cubalah buat kebaya panjang; Kalau derhaka pada pemimpin, Binasa umat dilanda perang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika tak mahu memakan nasi, Cubalah cari kuih penganan; Jika tak mahu tuan menanti, Hingga di sini putus hubungan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Main wayang dua tiga panggung, Cubalah tilik hikayat Jawa; Badan mana saya nak tanggung, Gajah seekor dua gembala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak ada di dalam pukat, Cubalah cari dalam pangkalah; Kalau tak ada di dalam adat, Carilah di dalam syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |