Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kin] | چوکين

Definisi : 1. kain kecil (utk menutup dada sewaktu makan); 2. kain basahan yg pendek (biasanya dipakai ketika mandi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukin

Puisi
 

Kain cukin kain sutera,
     Buat pengesat kaki dulang;
Sudah miskin bertambah hina,
     Buat apa kepada orang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kain panjang empat,
     ditarik ke atas ke bawah tak sampai.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bentang tikar bentang cukin, Bentang mari pagi hari; Bila tersiram air talkin, Umat baru sedarkan diri.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kain baru kain cukin, Bawa mari kesat dulang; Sudah buruk lagi miskin, Mana nak guna kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna kain cukin, Sudah ada baju kebaya; Apa guna adik miskin, Baik cari orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada satu anak Semarang, Pakai cukin kain jarang; Kalau tidak tunas di batang, Pokok yang mana boleh dicabang?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas