Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Orang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Anak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |