Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak negeri dapat ditempuh; Kalaulah hidup mahu bekerja, Anak isteri dapat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak peluang dapat di buru; Kalaulah hidup mahu bekerja, Banyak orang ingat membantu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Petik bunga tiara, Perhiasan bunga dada; Cantik anak dara, Penyeri rumah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Susahlah hati anak siamang, Sakit dada makan tak sedap; Susahlah hati hendak meminang, Duit tak ada badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Berani menjadi pelapis dada; Adat berjalan bertuah negeri, Negeri aman habis sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu menteri berjaja jagung, Orang menangis mengurut dada; Pilulah hati dara sekampung, Bujangnya habis disikat janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana rusa tidak mengamuk, Kijang menyombong menampar dada; Bagaimana dara tidak merajuk, Bujang sekampung mengejar janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |