Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dadanya

Puisi
 

Sayang serindit dadanya biru,
     Mati disumpit Raja Paiman;
Selama teringat permatanya guru,
     Belum kujanji lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.

Bermaksud :

Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak burung dadanya merah, Besok hari beralih putih; Beli borong memang murah, Asam manis apa dipilih.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terbelai pucuk yang tinggi, Burung kuaran putih dadanya; Besarlah dusta orang kini, Barang yang tidak dikatakannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ikan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Wak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Api damar cahayanya terang, Dibuat suluh teranglah jalan; Hati sabar dadanya lapang, Dibuat contoh senanglah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas