Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahan

Puisi
 

Anak tupai meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Macam saya belum faham,
     Jangan berlawa disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Dahan pembaji batang.

Bermaksud :

Menggunakan harta benda tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Liat sungguh dahan sialang, Diterpa angin tidak kan patah; Niatku sungguh hendak meminang, Hidup miskin bangsa pun rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas